Friday, November 17, 2017

Perbandingan Ekzos Straight Flow & S-Flow

Artikel ini hanya sebagai rujukan bagi peminat kereta. Segala kesilapan atau keliruan informasi adalah bukan sengaja. Harap para pembaca bertimbang rasa.

Muffler atau ekzos secara amnya adalah digunakan untuk mengurangkan bunyi bising kereta yang dipancarkan dari pembakaran dalaman enjin (internal combustion engine). Ini extract dari wikipidia dan translate shj, kikiki.... Bagi admin, ia adalah salah satu elemen modifikasi kereta yang penting untuk meningkatkan performance kereta dan mencipta bunyi yang best giler....  vroom vroom barulah macam bawa kereta sport kan?

Tanpa cerita panjang, kebiasaan ekzos performance diklasifikasikan kepada 2 jenis yang umum, iaitu Muffler Straight Flow dan Muffler S-Flow. Antara 2 jenis ini terdapat ciri-ciri dan pretasi masing-masing, ia tergatung kepada kegemaran owner kereta sendiri.

Ciri-ciri Muffler Straight Flow:
- Bunyi lebih kuat berbanding Muffler S-Flow
- Pick up lebih cepat sebab aliran angin lebih baik
- Consumption minyak lebih tinggi 
- Sesuai untuk yang suka bawa laju dan lumba track.

Ciri-ciri Muffler S-flow:
- Bunyi lebih senyap jika berbanding dengan Muffler Straight Flow
- lebih berkuasa pada RPM rendah dan tengah sebab ada back pressure
- Lebih Jimat minyak
- Sesuai untuk bawa highway dan harian

Tetapi macam mana pun, pretasi keseluruhannya masih tergantung kepada combinasi yang berlainan, biasanya kene "try and error" baru tau mana yang sesuai untuk diri anda, sebab permintaan peribadi sentiasa berubah dari masa ke semasa. Kalau betul tak pandai, tanyalah expert-expert bengkel kereta untuk elakkan membuat pilihan yang kurang sesuai untuk kereta anda.

Terdapat banyak pilihan muffler atau ekzos tempatan di pasaran, tapi bagi admin, ekzos dari Japan lebih sesuai untuk kereta admin sebab quality dan engineer Jepun tu dah betul-betul kaji, kita tak perlu susah payah lagi nak fikir nak pilih ekzos tempatan yang kurang quality dan mahal, sudah banyak pengalaman dengan ekzos aftermarket, mahal dan quality tin Milo kosong. Lagi pun, kereta di Malaysia kan banyak dari brand Japan, Toyota Honda dan lain-lain. 

Nak iklan sikit, admin adalah pembekal barang gantian kereta halfcut Japan JDM.

Jika anda berminat membeli ekzos terpakai atau muffler import Japan. Sila hubungi Jacky 016-678 0893 untuk info selanjutnya.